Saturday, 8 December 2012

SEJARAH TARIQAH DAN PERKEMBANGANNYA DI MASA KINI


HAKIKAT KEJADIAN MANUSIA

Secara ilmiah yang bersandarkan wahyu Allah swt melalui Al Quran dan As Sunnah, Islam membentangkan kepada kita bahawa manusia dicipta daripada adunan dua unsur.
Unsur pertama dan utama adalah dari alam arwah atau alam rohani.
Firman Allah s.w.t.:
Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalam (tubuh)nya ruh (ciptaan)Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur. (As Sajdah 32:9)
Unsur kedua yang merupakan kejadian daripada alam syahadah adalah unsur jasmani atau unsur kebumian. Proses kejadian itu dengan jelas diterangkan dalam al Quran:
“Dan Allah mencipta kamu dari tanah kemudian dari air mani, kemudian Dia jadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). (Faathir 35:11)
Peniupan roh oleh Allah dari ruh ciptaanNya itu adalah suatu keistimewaan yang hanya ada pada penciptaan manusia, sama ada penciptaan Nabi Adam  as sebagai bapa manusia tanpa ibu dan bapa, isterinya tanpa ibu, Nabi Isa as yang beribu tanpa bapa ataupun manusia biasa yang beribu dan bapa. Peniupan roh seperti ini tidak disebut atau diisyaratkan sedikit pun dalam Al Quran pada kejadian selain manusia, sekalipun penciptaan malaikat.
Keistimewaan itu sudah selayaknya diberi perhatian dalam memahami hakikat kejadian manusia. Sudah pasti ada sesuatu hubung-kait peniupan roh itu dengan pengangkatan kedudukan manusia oleh Allah swt sebagai KhalifahNya di muka bumi ini. Kedudukan yang sedemikian tinggi dan perlaksanaan tanggungjawab amanah dan risalah yang amat berat itu tidak mungkin terpikul tanpa ada sesuatu daya kekuatan yang khusus dan istimewa. Sumber kekuatan itu telah diisyaratkan oleh Allah swt dalam peniupan dari Roh ciptaanNya pada mula kejadian manusia.
Ada sedikit perbahasan di kalangan ulama sama ada roh yang dimaksudkan itu merangkupi nyawa atau ia merupakan sumber tersendiri. Walaubagaimana pun yang jelas roh itu memiliki sesuatu keistimewaan dan keunikan daya yang perlu dipupuk potensinya.

silahkan unduh file Pdfnya disini  SEJARAH TARIQAH DAN PERKEMBANGANNYA DI MASA KINI

No comments:

Post a Comment